Selasa, 23 Oktober 2018

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


PENGAJIAN MALAYSIA

(DUB1012)

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD FAIZAL BIN ZAKARIA
(02 DAT18F1107)
MUHAMMAD ARIF BIN JAMALLUDIN
(02 DAT18F1089)
MUHAMMAD AFIQ SAFWAN BIN ROSLI
(02 DAT18F1030)
WAN YUSUF BIN WAN MAT JAILANI
(02 DAT18F1101)
MUHAMMAD FARIS BIN ZAKARIA
(02 DAT181011)

  • PENSYARAH: PUAN YUSIDAWATI



PENGENALAN 


Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas,telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
Tahukah anda bahawa di negeri-negeri Melayu, pemerintahan beraja telah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun? Raja atau Sultan adalah simbol bagi orang Melayu. Segala urusan pemerintahan berpusat kepada raja dan istana. Malah,perkataan "Kerajaan" itu asalnya daripada perkataan raja, iaitu pusat segala sumber rujukan dan kuasa yang membolehkan simbol raja itu memerintah secara mutlak.

Perlembagaan malaysia.

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi dua unsur, iaitu unsur lama dan unsur baru. Unsur-unsur lama yang pernah diamalkan oleh sistem pemerintahan  Kerajaan Melayu lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan agama Islam dikekalkan dalam perlembagaan.
Perlembagaan persekutuan  terbahagi kepada 15 bahagian dan 183 perkara. Antara 183 perkara tersebut, terdapat beberapa peruntukan utama yang berkaitan dengan aspek-aspek berikut iaitu bahasaagama, kewarganegaraankebebasan asasidan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.


BAHASA


menentukan identiti sesebuah bangsa
para pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita telah membuat keputusan supaya kita
 memiliki satu bahasa kebangsaan untuk tujuan berikut:
  i) perhubungan umum
  ii) bahasa rasmi
  iii) sebagai alat untuk menyatu padukan rakyat berbilang kaum di negara kita
- peruntukan ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
-peruntukan ini tidak menghalang penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik lain ataupun bahasa asing






KEDUDUKAN BAHASA MELAYU.

  • merupakan lingua franca bahasa perantaraan negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
  • digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman.
  • peruntukan Perkara 150 (6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun dalam keadaan darurat, hal-hal yang berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh perlembagaan.
  • akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.
  • menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional.
  • dipilih melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.

AGAMA


-merupakan tunjang kehidupan manusia
-mampu membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi
-prinsip pertama dalam Prinsip Rukun Negara ialah 'Kepercayaan Kepada Tuhan'
-agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan kerana faktor yang berikut:
   i) lama bertapak di rantau Asia Tenggara
   ii) tidak ditolak oleh penjajah
   iii) mempunyai penganut yang ramai
-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
-setiap orang berhak untuk menganuti, mengamalkan dan mengembangkan   agamanya dengan syarat, iaitu pengembangan agama selain Islam tidak boleh dilakukan terhadap penganut  Islam

KEDUDUKAN AGAMA ISLAM


  • Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni.
  • Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
  • Yang di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ( Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur ) bagi mewakili raja-raja Melayu.
  • Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri.
  • berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam.
  • Perkara 11(4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
  • Perkara 12(2) memperuntukan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan atau menyenggara institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan atau membantu ajaran Islam.
  • perwarisan (berwasiat atau tidak berwasiat)
  • munakahat (pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah dll )
  • wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat
  • adat istiadat Melayu
  • zakat fitrah dan baitulmal
  • masjid atau tempat solat awam
  • mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun Islam (kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan)
  • keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah
  • mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut agama Islam.


KEWARGANEGARAAN



#merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara
#status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu.
#status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:
i)  mengundi dalam pilihan raya
ii) mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertanding dalam pilihan raya,menjadi wakil rakyat,menjadi menteri dan sebagainya.
iii) memiliki harta dan membangunkannya.
iv) bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian negara.
v) menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan sebagainya.
#hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.
#rakyat bertanggungjawab untuk:
i) mematuhi undang-undang negara dan negeri.
ii) memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti
#mempertahankan negara apabila diserang musuh dengan menyertai pasukan keselamatan
iii) menyumbang terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
iv) menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan  negara seperti menyambut Hari-Kebangsaan,membasmi  kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan sebagainya.



Hak kewarganegaraan.


  • Kuatkuasa undang-undang
  • pendaftaran
  • permohonan kemasukan
  • pencantuman wilayah







2 sebab individu hilang hak kewarganegaraan 

  1. individu itu menolak kewarganegaraannya
  2. apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak Perlembagaan seperti :                                                                    
  • tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing
  • tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapan
  • telah bermastautin di negara asng selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.


KEBEBASAN ASASI

i)tiada seseorang pun boleh diambil nyawa atau kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
-orang yang bersalah hendaklah dibuktikan dimahkamah sebelum didenda, dipenjara atau dihukum mati.
-orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya dan  diberi peluang untuk membela dirinya. 
ii)semua bentuk kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh membuat undang-undang bagi kerahan tenaga untuk maksud negara seperti mempertahankan negara ketika diserang oleh musuh.

iii)semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang

-tidak mengira keturunan ,kedudukan,pangkat,agama,dan jantina serta  mendapat perlindungan undang-undang yang sama rata
-tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang- undang.
-jika sesuatu harta perlu digunakan atau diambil maka harta itu yang digunakan atau diambil itu hendaklah diberi pampasan yang mencukupi.
  
*kebebasan yang diberi tidak bermaksud kita boleh melanggar undang-undang.
Istilah "kebebasan Asasi" diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan pada rakyat. Bahagian II,perkara5 hingga 13 dalam Perlembagaan Persekutuan Peruntukkan 9 hak asasi :


Hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan

Perkara 5         Kebebasan diri

Perkara 6         Keabdian dan kerja paksa dilarang
Perkara 7         Perlindungan daripada undang-undang jenayah 
                         ke belakang dan perbicaraan berulang
Perkara 8         Kesamarataan
Perkara 9         Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak 
Perkara 10       Kebebasan bercakap,berhimpun dan berpersatuan
Perkara 11       Kebebasan beragama
Perkara 12       Hak terhadap pendidikan 
Perkara 13       Hak terhadap harta 

Semua rakyat berhak dapat perlindungan dan kesama rataan di sisi undang-undang.

  • Jika individu ditangkap,dia hendaklah diberitahu sebab dia ditangkap dengan segera & dia dibenarkan untuk membela diri
  • Jika individu didakwa,dia perlu mendapat perbicaraan yang adil.
  • Tertuduh tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama kali kedua sekiranya telah dilepaskan & dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan yang sama




Isu sensitif berkaitan agama,bahasa kebangsaan,hak istimewa orang melayu dan kedudukan raja-raja Melayu dilarang untuk dibincangkan secara terbuka.Tujuan adalah demi menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak


-peruntukan khas ini memberi pertimbangan kepada golongan berkenaan bertujuan untuk menyamaratakan status pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan kaum-kaum lain.
-dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik dan ketenteraman awam.
-kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti rizab khas bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan atau latihan khas, lesen dan permit perniagaan, diberi melalui Perkara 153 perlembagaan.
-Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.





Hak keistimewaan orang melayu


Hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dinyatakan dalam perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan.
YDPA bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan melindungi hak kaum lain.
 Hak istimewa orang Melayu merujuk kepada 3 perkara utama  iaitu  
       i)                 Perkhidmatan awam
       ii)                Ekonomi
                iii)                Pendidikan




Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang melayu
sebagai :                                
-seorang yang beragama Islam
-bertutur menggunakan bahasa Melayu
-mengamalkan adat budaya Melayu
-lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura,atau     seseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari   merdeka.





Kontrak sosial

Bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi 3 kaum utama (Melayu,Cina dan India) yang mewakili parti UMNO,MIC dan MCA yang dimeterai menerusi Perlembagaan Persekutuan. Melalui permuafakatan sosial,penggantian beri-memberi (quid pro quo) berlaku antara orang Melayu dan orang bukan Melayu.
 Orang Melayu sedia ubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian bersama cina dan india.
Orang Melayu setuju berikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip JUS SOLI kepada orang bukan Melayu.
Sebagai balasan Cina & India setuju:


  • kedudukan istimewa orang melayu
  • kedudukan agama islam
  • bahasa melayu
  • kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam perlembagaan



Tanpa kontrak sosial,Tanah Melayu tak mungkin berjaya capai kemerdekaan pada tahun 1957  kerana-pihak British jadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan.
Kontrak sosial- asas yang jadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan
Selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti termaktub dalam perlembagaan
                        
                     

Kesimpulan


Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu.Konsep-konsep pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat melincinkan pentadbiran negara sekaligus mewujudkan keamanan dan kestabilan negara. Melalui perlembagaan, setiap warganegara samada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.Oleh itu, ketinggian Perlembagaaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia



RUJUKAN

1.Siri Politeknik Pengajian Malaysia,
2.Pengajian Malaysia,EDISI KELIMA
3.www.oxfordfajar.com.my
4.Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin,Buku Pengajian Malaysia
5.akhmashahira.blogspot.com.
7.Arif1801.blogspot.com
8.http://www.wikiwand.com/ms/Kewarganegaraan_Malaysia
9.http://www.academia.edu/7450461/KONTRAK_SOSIAL_DALAM_PERLEMBAGAAN_MALAYSIA

LAMPIRAN

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/store/p5/Buku-e_%3A_Realiti_Perjuangan_Kemerdekaan%C2%A0%26_Kontrak_Sosial_%C2%A0%C2%A0%C2%A0_.html.

http://studentsrepo.um.edu.my/5191/2/full_draft.pdf