PENGAJIAN MALAYSIA
(DUB1012)
PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD FAIZAL BIN ZAKARIA
(02 DAT18F1107)
MUHAMMAD ARIF BIN JAMALLUDIN
(02 DAT18F1089)
MUHAMMAD AFIQ SAFWAN BIN ROSLI
(02 DAT18F1030)
WAN YUSUF BIN WAN MAT JAILANI
(02 DAT18F1101)
MUHAMMAD FARIS BIN ZAKARIA
(02 DAT181011)
- PENSYARAH: PUAN YUSIDAWATI
PENGENALAN
Perlembagaan merupakan
undang-undang yang mengandungi peraturan serta tidak bertulis.
Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan
tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan menjadi asas penting
untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin
pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas,telus dan adil serta menjamin taat setia
rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
Tahukah anda bahawa di negeri-negeri Melayu, pemerintahan beraja telah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun? Raja atau Sultan adalah simbol bagi orang Melayu. Segala urusan pemerintahan berpusat kepada raja dan istana. Malah,perkataan "Kerajaan" itu asalnya daripada perkataan raja, iaitu pusat segala sumber rujukan dan kuasa yang membolehkan simbol raja itu memerintah secara mutlak.
Tahukah anda bahawa di negeri-negeri Melayu, pemerintahan beraja telah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun? Raja atau Sultan adalah simbol bagi orang Melayu. Segala urusan pemerintahan berpusat kepada raja dan istana. Malah,perkataan "Kerajaan" itu asalnya daripada perkataan raja, iaitu pusat segala sumber rujukan dan kuasa yang membolehkan simbol raja itu memerintah secara mutlak.
Perlembagaan malaysia.
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi dua unsur, iaitu unsur lama dan unsur baru. Unsur-unsur lama yang pernah diamalkan oleh sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama seperti institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan agama Islam dikekalkan dalam perlembagaan.
Perlembagaan persekutuan terbahagi kepada 15 bahagian dan 183 perkara. Antara 183 perkara tersebut, terdapat
beberapa peruntukan utama yang berkaitan dengan aspek-aspek berikut iaitu bahasa, agama, kewarganegaraan, kebebasan
asasi, dan kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
BAHASA
menentukan identiti sesebuah bangsa
para pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita telah membuat keputusan supaya kita
memiliki satu bahasa kebangsaan untuk tujuan berikut:
i) perhubungan umum
ii) bahasa rasmi
iii) sebagai alat untuk menyatu padukan rakyat berbilang kaum di negara kita
- peruntukan ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
-peruntukan ini tidak menghalang penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik lain ataupun bahasa asing
para pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita telah membuat keputusan supaya kita
memiliki satu bahasa kebangsaan untuk tujuan berikut:
i) perhubungan umum
ii) bahasa rasmi
iii) sebagai alat untuk menyatu padukan rakyat berbilang kaum di negara kita
- peruntukan ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
-peruntukan ini tidak menghalang penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik lain ataupun bahasa asing
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU.
- merupakan lingua franca bahasa perantaraan negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
- digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman.
- peruntukan Perkara 150 (6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun dalam keadaan darurat, hal-hal yang berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh perlembagaan.
- akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.
- menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional.
- dipilih melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.
AGAMA
-merupakan tunjang kehidupan manusia
-mampu membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi
-prinsip pertama dalam Prinsip Rukun Negara ialah 'Kepercayaan Kepada Tuhan'
-agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan kerana faktor yang berikut:
i) lama bertapak di rantau Asia Tenggara
ii) tidak ditolak oleh penjajah
iii) mempunyai penganut yang ramai
-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
-mampu membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi
-prinsip pertama dalam Prinsip Rukun Negara ialah 'Kepercayaan Kepada Tuhan'
-agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan kerana faktor yang berikut:
i) lama bertapak di rantau Asia Tenggara
ii) tidak ditolak oleh penjajah
iii) mempunyai penganut yang ramai
-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
-setiap orang berhak untuk menganuti, mengamalkan
dan mengembangkan agamanya dengan syarat, iaitu pengembangan agama selain Islam tidak boleh
dilakukan terhadap penganut Islam
KEDUDUKAN AGAMA ISLAM
- Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
memaktubkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh
dianuti secara aman dan harmoni.
- Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan
bahawa raja atau sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
- Yang di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua
Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (
Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur ) bagi mewakili raja-raja Melayu.
- Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri
berdasarkan undang-undang negeri.
- berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal
agama Islam.
- Perkara 11(4) memberi kuasa kepada undang-undang
negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain tidak boleh menyebarkan agama
mereka kepada orang Islam.
- Perkara 12(2) memperuntukan kuasa kepada
Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan atau menyenggara institusi
Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan atau membantu ajaran Islam.
- perwarisan (berwasiat atau tidak berwasiat)
- munakahat (pertunangan, perkahwinan, perceraian,
mas kahwin, nafkah dll )
- wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah
khairat
- adat istiadat Melayu
- zakat fitrah dan baitulmal
- masjid atau tempat solat awam
- mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan
oleh orang Islam terhadap rukun Islam (kecuali perkara yang termasuk dalam
Senarai Persekutuan)
- keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah
- mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam
kalangan penganut agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
#merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara
#status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu.
#status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:
i) mengundi dalam pilihan raya
ii) mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertanding dalam pilihan raya,menjadi wakil rakyat,menjadi menteri dan sebagainya.
iii) memiliki harta dan membangunkannya.
iv) bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian negara.
v) menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan sebagainya.
#hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.
#rakyat bertanggungjawab untuk:
i) mematuhi undang-undang negara dan negeri.
ii) memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti
#mempertahankan negara apabila diserang musuh dengan menyertai pasukan keselamatan
iii) menyumbang terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
iv) menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut Hari-Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan sebagainya.
Hak kewarganegaraan.
- Kuatkuasa undang-undang
- pendaftaran
- permohonan kemasukan
- pencantuman wilayah
2 sebab individu hilang hak
kewarganegaraan
- individu itu menolak kewarganegaraannya
- apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya
individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak
Perlembagaan seperti :
- tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan
dengan menjadi warganegara asing
- tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapan
- telah bermastautin di negara asng selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan
dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
KEBEBASAN ASASI
i)tiada seseorang pun boleh diambil nyawa atau kebebasan
dirinya kecuali menurut undang-undang.
-orang yang bersalah hendaklah dibuktikan dimahkamah sebelum didenda,
dipenjara atau dihukum mati.
-orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya dan diberi peluang untuk membela dirinya.
-orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya dan diberi peluang untuk membela dirinya.
ii)semua bentuk kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh
membuat undang-undang bagi kerahan tenaga untuk maksud negara seperti
mempertahankan negara ketika diserang oleh musuh.
iii)semua orang adalah sama rata di sisi
undang-undang
-tidak mengira keturunan ,kedudukan,pangkat,agama,dan jantina
serta mendapat perlindungan
undang-undang yang sama rata
-tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang- undang.
-jika sesuatu harta perlu digunakan atau diambil maka harta itu yang digunakan atau diambil itu hendaklah diberi pampasan yang mencukupi.
-tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang- undang.
-jika sesuatu harta perlu digunakan atau diambil maka harta itu yang digunakan atau diambil itu hendaklah diberi pampasan yang mencukupi.
*kebebasan yang diberi tidak bermaksud kita boleh
melanggar undang-undang.
Istilah
"kebebasan Asasi" diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi
yang diberikan pada rakyat. Bahagian II,perkara5 hingga 13 dalam
Perlembagaan Persekutuan Peruntukkan 9 hak asasi :
Hak asasi
dalam Perlembagaan Persekutuan
Perkara 5
Kebebasan diri
Perkara 6
Keabdian dan kerja paksa dilarang
Perkara 7 Perlindungan daripada undang-undang jenayah
ke belakang dan perbicaraan berulang
Perkara
8 Kesamarataan
Perkara 9
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
Perkara
10 Kebebasan bercakap,berhimpun dan berpersatuan
Perkara
11 Kebebasan beragama
Perkara
12 Hak terhadap pendidikan
Perkara
13 Hak terhadap harta
Semua
rakyat berhak dapat perlindungan dan kesama rataan di sisi undang-undang.
- Jika individu ditangkap,dia hendaklah diberitahu sebab dia
ditangkap dengan segera & dia dibenarkan untuk membela diri
- Jika individu didakwa,dia perlu mendapat perbicaraan yang adil.
- Tertuduh tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama kali
kedua sekiranya telah dilepaskan & dibebaskan oleh mahkamah
atas tuduhan yang sama
Isu sensitif berkaitan agama,bahasa kebangsaan,hak istimewa orang melayu dan kedudukan raja-raja Melayu dilarang untuk dibincangkan secara terbuka.Tujuan adalah demi menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.
Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
-peruntukan khas ini memberi
pertimbangan kepada golongan berkenaan bertujuan untuk menyamaratakan status pendidikan dan ekonomi orang Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan kaum-kaum lain.
-dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik dan ketenteraman awam.
-kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti rizab khas bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan atau latihan khas, lesen dan permit perniagaan, diberi melalui Perkara 153 perlembagaan.
-Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.
-dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik dan ketenteraman awam.
-kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti rizab khas bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan atau latihan khas, lesen dan permit perniagaan, diberi melalui Perkara 153 perlembagaan.
-Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.
Hak keistimewaan orang melayu
Hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
dinyatakan dalam perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan.
YDPA bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan
orang Melayu dan melindungi hak kaum lain.
Hak
istimewa orang Melayu merujuk kepada 3 perkara utama iaitu
i) Perkhidmatan
awam
ii)
Ekonomi
iii) Pendidikan
Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang melayu
sebagai :
-seorang yang beragama Islam
-seorang yang beragama Islam
-bertutur
menggunakan bahasa Melayu
-mengamalkan
adat budaya Melayu
-lahir
sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura,atau seseorang itu telah bermastautin
di Tanah Melayu atau Singapura pada hari merdeka.
Kontrak sosial
Bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan
pemimpin bagi 3 kaum utama (Melayu,Cina dan India) yang mewakili parti
UMNO,MIC dan MCA yang dimeterai menerusi
Perlembagaan Persekutuan. Melalui
permuafakatan sosial,penggantian beri-memberi (quid pro quo) berlaku antara
orang Melayu dan orang bukan Melayu.
Orang Melayu sedia ubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian bersama cina dan india.
Orang Melayu setuju berikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip JUS SOLI kepada orang bukan Melayu.
Orang Melayu sedia ubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian bersama cina dan india.
Orang Melayu setuju berikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip JUS SOLI kepada orang bukan Melayu.
Sebagai balasan Cina & India setuju:
- kedudukan istimewa orang melayu
- kedudukan agama
islam
- bahasa melayu
- kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam
perlembagaan
Tanpa kontrak sosial,Tanah Melayu tak mungkin berjaya capai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana-pihak British jadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan.
Kontrak sosial- asas yang jadikan Malaysia sebuah
negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja
Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan
Selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara
kaum seperti termaktub dalam perlembagaan
Kesimpulan
Perlembagaan Malaysia
merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal
menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran
negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan
merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan
sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan persetujuan
yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu.Konsep-konsep
pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat
melincinkan pentadbiran negara sekaligus mewujudkan keamanan dan kestabilan
negara. Melalui perlembagaan, setiap warganegara samada pemerintah dan
rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.Oleh itu, ketinggian Perlembagaaan seharusnya
dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia
9.http://www.academia.edu/7450461/KONTRAK_SOSIAL_DALAM_PERLEMBAGAAN_MALAYSIARUJUKAN
1.Siri Politeknik Pengajian
Malaysia,
2.Pengajian Malaysia,EDISI KELIMA
3.www.oxfordfajar.com.my
4.Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin,Buku Pengajian Malaysia
5.akhmashahira.blogspot.com.
2.Pengajian Malaysia,EDISI KELIMA
3.www.oxfordfajar.com.my
4.Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin,Buku Pengajian Malaysia
5.akhmashahira.blogspot.com.
7.Arif1801.blogspot.com
8.http://www.wikiwand.com/ms/Kewarganegaraan_Malaysia
LAMPIRAN
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/store/p5/Buku-e_%3A_Realiti_Perjuangan_Kemerdekaan%C2%A0%26_Kontrak_Sosial_%C2%A0%C2%A0%C2%A0_.html.
http://studentsrepo.um.edu.my/5191/2/full_draft.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan